Melalui internet, kita boleh menerima maklumat dengan cepat. Dalam
erti kata lain, segala-galanya berada di hujung jari dalam dunia
berteknologi tinggi dewasa ini. Dengan hanya satu klik, kita boleh
mengetahui perkembangan luar negeri, serta perkembangan isu semasa di
Negara kita. Dengan itu, tidaklah kita menjadi seperti katak di bawah
tempurung.
Sebagai pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan akan
menduduki peperiksaan SPM, Internet sememangnya satu kemudahan
pembelajaran yang tidak dapat disangkal lagi keberkesanannya. Dengan
adanya kemudahan internet sendiri di rumah, para pelajar dapat mengakses
apa-apa sahaja maklumat yang mereka perlukan dengan cepat dan jelas
tanpa perlu bersusah payah untuk menyelak helaian buku rujukan yang
tebal dan memeningkan kepala. Secara tidak langsung, suasana
pembelajaran menjadi sesuatu yang menyeronokkan.
Selain mengakses maklumat melalui enjin carian, terdapat banyak lagi
perkara yang boleh dilakukan dengan internet. Antara kegunaan internet
yang lain adalah mencari dan memainkan muzik pilihan kita sendiri,
menonton siaran televisyen melalui internet, menyertai laman sosial
untuk menambahkan kenalan dan banyak lagi.
Selain membawa kebaikan, internet juga membawa keburukan terhadap
penggunanya. Keseronokan melayari internet akan membuatkan kita lupa
untuk memperhatikan masa. Apatah lagi sekiranya kemudahan internet ini
disalahgunakan untuk kepentingan sendiri seperti menaik dan
memuatturunkan gambar-gambar lucah, mencari dan mendengar lagu-lagu
berbentuk rock dan blackmetal. Selain itu, kelekaan para pelajar dalam
melayari laman sosia ljuga bakal memberi kesan buruk terhadap mereka
sendiri. Keseronokan mendapat rakan baru di alam maya dan keseronokan
ber’chatting’ bisa membuatkan mereka lupa untuk mengulangkaji pelajaran
dan membuat kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru.
Sebagai kesimpulannya, penggunaanperkhidmatan internet membawa
kebaikan dan keburukan terhadap para penggunanya. Oleh itu, sebagai
manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, kita sendiri harus bijak
menilai baik dan buruk sesuatu perkara.